Friday 4 August 2017

SALAM PERKENALAN


Selamat Datang ke blog Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji. Blog ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi informasi kepada pelajar dan masyarakat umum berkaitan d engan aktiviti, program serta informasi yang berkaitan dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling bermula pada tahun ini (2017). 


PENGENALAN UNIT KAUNSELING SEKOLAH

UNIT KAUNSELING SEKOLAH 

Ditubuhkan pada tahun 2002 bersemperna dengan tertubuh Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji ini.
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) yang pertama berada di sekolah ini adalah Puan Nirmala Devi a/p Minor yang memulakan tugas pada tahun 2002 sehingga 2014. Manakala GBK pada masa sekarang (2017) adalah :

1. Puan Juliana bt. Jamhuri ( November 2008 sehingga kini ) 
   julianajamhuri@gmail.com

2. Puan Norzihan @ Najian bt. Mohd Yusoff (Januari 2014 sehingga kini )
   zihanfathul@yahoo.com 

Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah ini disamping melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek beriman serta beramal soleh kepada manusia sejagat bersesuaian dengan visi dan misi kaunseling yang termaktub di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. 

UNTUK APA ANDA PERLU BERTEMU KAUNSELOR?


                         

 


ü  Keyakinan kepada diri sendiri semakin berkurangan.

ü  Fikiran buntu dan tidak tahu bagaimana untuk mencari penyelesaiannya.

ü  Runsing yang berpanjangan.

ü  Rasa rendah diri.

ü  Dibebani masalah yang sukar diselesaikan.

ü  Perasaan malu yang keterlaluan.

ü  Sentiasa diburu perasaan takut.

ü  Resah dan gelisah tanpa mengetahui puncanya.

ü  Sukar bergaul dan berinteraksi dengan siapa sahaja.

ü  Ingin meluahkan sesuatu, tapi tiada siapa yang anda yakin.

ü  Sering diburu perasaan bersalah dengan perbuatan yang lepas atau perbuatan harian.

ü  Selalu diganggu oleh perasaan berdosa.

ü  Tidak boleh tidur, tetapi tidak tahu mengapa masalah ini terjadi.

u  Sentiasa diganggu oleh ingatan-ingatan mengenai masalah yang melanda keluarga.

ü Merasakan orang lain sentiasa menyakiti hati anda.

ü Anda merasakan diri anda sering menjadi bahan sindiran atau ketawa orang lain.

ü Kurang senang dengan teman sebilik atau sekelas sehingga menimbulkan kebimbingan dan kerunsingan.

ü Tidak selesa berada dikhalayak ramai.

ü Sukar untuk menolak pelawaan atau permintaan orang lain, walaupun ingin mengatakan ‘tidak’ atau ‘tidak’ mahu.

ü Ingin tampil dengan lebih berani dan aktif untuk memberi pendapat atau pandangan anda sendiri.

ü Sentiasa fikir anda sakit, sedangkan anda tidak mengalaminya.

ü Anda mempunyai masalah dalam pembelajaran.

u Anda berhadapan dengan permasalahanrakan perbincangan dalam kumpulan pembelajaran

No comments:

Post a Comment